Monday, April 1, 2013

Trip ke Vietnam 28MAR - 30 MAR 2013

Alhamdulillah, perjalanan kami (saya dan isteri) ke Vietnam  amat seronok. Kepada peniaga-peniaga baju, telekung, tudung, kain dan baju t-shirt  yang berkualiti tinggi, anda boleh dapati di sana. Dan harga-nya ... emmm .. amat murah dan boleh diperniagakan di Malaysia.

Saya dan isteri saya fokus kepada telekung, kain dan tudung sahaja. Permintaan yang  agak tinggi, akan
membuatkan kami terpanggil ke Vietnam semula nanti. Insya'Allah.

Untuk sesiapa yang berminat dengan bag galas tahan lasak, jenama DIETER & NORTH FACE terdapat di sana. Dan harga-nya ... fuhhh sungguh murah dengan kualiti yang ada.

Hotel BOSS yang kami duduki hanya berdepan dengan pasar besar mereka (Ben Thanh Market) dan makanan halal ala Malaysia pun boleh didapati di sana.  Jangan terkejut jika peniaga-peniaga berkominikasi dengan kita di dalam Bahasa Malaysia. Macam pasar malam di sini rasa-nya suasana di Ben Thanh tu. Anggaran 40% adalah pelancong-pelancong Malaysia.

Jika ada niat nak pergi, jangan lengah-lengahkan lagi yaaaa.

Wassalam
Ahmad Shah & Salina (Cory)