Monday, April 1, 2013

Trip ke Vietnam 28MAR - 30 MAR 2013

Alhamdulillah, perjalanan kami (saya dan isteri) ke Vietnam  amat seronok. Kepada peniaga-peniaga baju, telekung, tudung, kain dan baju t-shirt  yang berkualiti tinggi, anda boleh dapati di sana. Dan harga-nya ... emmm .. amat murah dan boleh diperniagakan di Malaysia.

Saya dan isteri saya fokus kepada telekung, kain dan tudung sahaja. Permintaan yang  agak tinggi, akan
membuatkan kami terpanggil ke Vietnam semula nanti. Insya'Allah.

Untuk sesiapa yang berminat dengan bag galas tahan lasak, jenama DIETER & NORTH FACE terdapat di sana. Dan harga-nya ... fuhhh sungguh murah dengan kualiti yang ada.

Hotel BOSS yang kami duduki hanya berdepan dengan pasar besar mereka (Ben Thanh Market) dan makanan halal ala Malaysia pun boleh didapati di sana.  Jangan terkejut jika peniaga-peniaga berkominikasi dengan kita di dalam Bahasa Malaysia. Macam pasar malam di sini rasa-nya suasana di Ben Thanh tu. Anggaran 40% adalah pelancong-pelancong Malaysia.

Jika ada niat nak pergi, jangan lengah-lengahkan lagi yaaaa.

Wassalam
Ahmad Shah & Salina (Cory)

Wednesday, February 20, 2013

Jom !!! Jadi Unit Trust Consultant di PUBLIC MUTUAL BERHAD

Salam Semua:


Tak berminatkah anda untuk menjadi "Unit Trust Consultant" di Public Mutual ?
Satu kerjaya yang amat mudah untuk menjana kehidupan yang lebih baik di masa hadapan.
Modal-nya amat minima tetapi mendatangkan hasil yang maksima di dalam jangkamasa panjang. Insya'Allah, anda pasti berjaya jika mengikuti program yang telah diaturkan oleh pihak Public Mutual. Cukup mudah.

Jangan bimbang jika anda:
* Tak tahu nak cakap apa bila jumpa bakal pelabur.
* Gabra bila nak propose plan.
* Nak mula percakapan yang macam mana.
* Sibuk dengan urusan harian anda.
* Tak cukup modalnak mulakan karier anda dengan Public Mutual.
* Kurang sambutan dari kawan-kawan, sahabat-sahabat dan adik-beradik terutama-nya.
* Proses mencari bakal pelabur.
* Dan lain-lain lagi.

Teknik-teknik akan diberi oleh pelatih-pelatih di Public Mutual dan "Agency Leader" anda.

Jika hendak berjaya, tiada ALASAN. Jom !!! bersama-sama saya meneruskan kerjaya sebagai "Unit Trust Consultant" di Public Mutual.

Nak harap gaji bulanan, tak cukup untuk melancong ke luar negara, menunaikan ibadah umrah/haji, nak beli rumah besar sikit, kereta besar sikit, kerosot sana & kerosot sini, dan sebagai-nya. Jika anda bermula dari sekarang, Insya'Allah, matlamat anda akan tercapai.

Hubungi saya jika berminat:

Ahmad Shah
Agency Supervisor
Public Mutual
Sungai Petani Branch
Hp: 012 477 1676

Monday, July 2, 2012

MENGENALI BULAN SYAABAN & MALAM NISFU SYAABAN

Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.




PENGERTIAN SYAABAN



Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.



Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;



“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)



MALAM NISFU SYAABAN



Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.



Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: “Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :



Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.



Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”



Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).



FADHILAT BULAN SYAABAN



Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :



Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.



Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."



Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.

Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)



Bertaubat Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.”



Sabda Nabi s.a.w.: “Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.





PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN



Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.



Thursday, May 10, 2012

Jom ke Guangzhao, China

Destinasi anda seterusnya ?

Boleh fikirkan untuk ke Guangzhao, China.

Pertama-nya : Pengalaman kita.
Kedua-nya : Kehidupan mereka dan anda akan berasa amat bersyukur dilahirkan di Malaysia.
Ketiga-nya : Cara mereka bekerja.
Keempat-nya : Barangan yang boleh dibeli dengan kadar yang amat rendah sekali terutama baragan kulit.
Kelima-nya : Bagi para peniaga-peniaga yang hendak mecari barangan yang murah dan agak berkualiti.

Jangana lupa bawa makanan sendiri sebab anda mungkn tidak akan suka makanan mereka. Bawa makanan
seperti maggi, roti kering, roti gardenia, serodneng kering, keju dan apa2 yang patut. Makanan mereka agak
mahal juga.

Just ambil AIR ASIA dari LCCT dan terus ke sana.

Wassalam
Ahmad Shah

Wednesday, April 14, 2010

Kebaikan Buah Delima

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:6) Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain. Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy No.). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung. Antara kebaikannya yang lain: *menghalang pembentukan sel kanser *mencantikkan kulit *mencegah dr nyanyuk *memberi tenaga *elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah *elok utk sistem penghadaman *mngurangkan berat badan *prevent morning sickness( utk org mengandung) *memperelokkan rahim Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & AgrotourismSekadar Info,Rujukan dan Ilmu.

Public Mutual emerges as the Biggest Winner for 7th consecutive year

Public Bank’s wholly-owned subsidiary, Public Mutual swept 10 out of the 29 awards, including the most prestigious “Best Overall Fund Group” award, at The Edge-Lipper Malaysia Fund Awards 2010 held at the Kuala Lumpur Convention Centre on 23 February 2010. This is the 7th consecutive year Public Mutual has emerged as the biggest winner at the annual awards event.
Public Mutual’s Chairman Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow expressed pride at the outstanding achievement despite a challenging year in 2009. “These awards demonstrate Public Mutual's commitment in continuously delivering top value as well as meeting the diverse needs of our unitholders,” he said.
By winning these awards, Public Mutual has to date received a total of 148 industry awards. Tan Sri Teh dedicated these awards to Public Mutual’s board of directors, management, staff, unit trust consultants and investors for their unwavering support and confidence over the years.
The 10 awards won by Public Mutual are:
No
Fund / Company
Category
1
Public Mutual Berhad
Best Overall Fund Group Award

2
Public Regional Sector Fund
Equity Asia Pacific
3 years
3
Public Far-East Dividend Fund
Equity Asia Pacific Ex Japan
3 years
4
Public SmallCap Fund
Equity Malaysia Small and Mid Caps
3 years
5
Public SmallCap Fund
Equity Malaysia Small and Mid Caps
5 years
6
Public Bond Fund
Bond Malaysian Ringgit
10 years
7
PB Balanced Fund
Mixed Asset MYR Balanced
10 years
8
Public Islamic Bond Fund
Bond Malaysian Ringgit - Islamic
3 years
9
Public Islamic Bond Fund
Bond Malaysian Ringgit - Islamic
5 years
10
Public Ittikal Fund
Equity Malaysia - Islamic
10 years
Public Mutual is Malaysia’s largest private unit trust company with 73 funds under management. It has over 2,000,000 accountholders and as at 31 December 2009, the total net asset value of the funds managed by the company was RM35.6 billion.

Thursday, November 12, 2009

Finally ... Jumpa Jugak Kawan-Kawan ex-ITM Arau Diploma in Banking

Kepada Kawan-Kawan yang budiman, InsyaAllah ... reunion kat Penang kut ....