Saturday, May 5, 2007

Cabaran Kita

Kehidupan melanda kita pada kelajuan peluru, Namun, is juga membawa peluang-peluang yang menakjubkan untuk mereka yang mampu menyahut cabaran.

Cabarannya ialah - menjadi lebih baik pada kadar lebih cepat.

Era baru menuntut respon lebih laju. Penyesuain serta merta. Hasil cepat. Lebih-lebih lagi, era ini menuntut peningkatan diri pada kadar yang sekurang-kurangnya dapat menandingi kadar perubahan. Kadar perubahan kini semakin laju.

Kita mesti meningkatkan penyesuain diri kepada kekerapan anjakan karier dan peranan baru kerja kita. Kita mesti punyai satu formula yang dapat membantu kita memanfaatkan potensi terpendam kita. Kita mesti tahu cara membuat sumbangan yang memberi hasil ketara. Hanya dengan mengubah cara kita mengerahkan diri, barulah dapat kita menunjukkan hasil yang dituntut oleh masa kini.

Kemahiran yang telah menghasilkan kejayaan tahun lepas, mungkin tidak releven lagi esok. Pendidikan yang kita anggap sudah "selesai" tidak dapat menjamin karier kita lagi. Asas pengalaman yang luas juga tidak begitu memberi jaminan, kerana ia cepat ketinggalan zaman.

Kita tahu, kita perkan lebih.

Situasi ini menuntut satu strategi yang mapan. Kita perlukan satu kaedah untuk mengerakkan diri agar dapat menandingi isyarat-isyarat karier yang kita hadapi.

Rahsianya ialah Peningkatan Laju peribadi ... satu rutin yang sengaja, disiplin ... yang menghasilkan "Prestasi" dramatik.

Jumpa lagi !!!!
Ahmad Shah
012 4771676

No comments: