Tuesday, December 30, 2008

Apa Dah Jadi Dengan Umat Islam ? Kenapa Kita Masih Kurang Sedar ?

Israel pertimbangkan cadangan gencatan senjata - Utusan Malaysia
31/12/2008 11:01am
BANDAR GAZA 31 Dis. – Israel hari ini mempertimbangkan cadangan gencatan senjata 48 jam ketika pemimpin dunia mendesak negara Yahudi itu menamatkan serangan dan bedilan jet pejuang ke atas Genting Gaza.
Jurucakap Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berkata, beliau menunjukkan minat terhadap usul gencatan senjata sementara namun menekankan ini tidak bermakna ia dapat menghalang Israel dari kemungkinan menggunakan tentera darat.
Pegawai Israel memberi amaran bahawa tindakan ketenteraan yang setakat ini telah meragut 374 nyawa akan berterusan berminggu-minggu ketika serangan udara dan bedilan artileri masuk hari kelima.
Pejuang Hamas terus melancarkan roket semalam dan mengancam untuk meningkatkan serangan ke atas Israel.
“Kami ingin mengkhabarkan kepada pemimpin musuh, sekiranya kamu meneruskan serangan maka kami akan melancarkan serangan roket yang lebih jauh berbanding sebelum ini,” kata jurucakap sayap tentera Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, yang mengenakan topeng ketika membuat ulasan di televisyen.
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert petang semalam berbincang dengan Barak dan Menteri Luar, Tzipi Livni mengenai cadangan Perancis untuk gencatan senjata 48 jam, namun pejabat Olmert menyatakan bahawa beliau telah mengeluarkan arahan agar perincian mesyuarat tidak didedahkan. – AFP

No comments: